RoNa memang sukekan binatang
Tambah-tambah lagi kalau binatang tu berada pada satu habitat yang sama dengan harmoni
Contoh macam afrika tu, gajah, zirafah, badak semua pada tempat yang sama
Kalau ade hidupan air sekali, best je tengok
Rase tenang je
Tapi kali ini RoNa ingin berkongsi dengan anda tentang binatang paling bahaya
TANGGA YANG KE-10
BEAR AKA BERUANG
Haha..selalu kita selalu dengar best kalau dapat peluk teddy bear..sebab dia gebu..Tapi yang sebenar-benarnya, adakah bear ini binatang yang jinak??jeng jeng jeng..Kalau jinak masakan bear boleh berada pada tangga yang ke 10 kan kan kan??Statistik dalam setahun sebanyak 5 - 10 telah maut dalam tangan bear ni..
TANGGA YANG KE-9
JERUNG
Sejak dari kecil lagi kita telah di'mind set'kan yang jerung ni ganas dan banyak yang takut akan jerung. tetapi jerung bukanlah seganas seperti yang kita sangka tapi ia telap mengangkul tangga yang ke-9 pada binatang yang paling bahaya di dunia ini dengan membunuh sebanyak 100 orang pada setiap tahun.
TANGGA YANG KE-8
OBOR-OBOR
Apabila kita tengok obor-obor ni kita tidak merasa takut kerana binatang tersebut tidak nampak merbahayakan. Tapi binatang ini bahaya walaupun dengan badan yang kecil ia mempunyai kaki yang boleh melumpuhkan mangsanya. Mengikut statistiknya, obor-obor telah membunuh lebih kurang seratus di dalam satu tahun.
TANGGA YANG KE-7
BADAK AIR
Kebanyakan badak sumbu boleh di dapati di Afrika merupakan binatang besar yang kejam berhabiat di darat dan air. Mulutnya boleh membuka sebesar 4kaki dan boleh memecahkan sledgehammer ( hammer yang besar tu). Seramai 100 - 150 telah terkorban dalam tangan haiwan ini.
TANGGA YANG KE-6
GAJAH
Gajah yang selalunya kita lihat tenang tidak bermaksud haiwan ini adalah haiwan yang selamat dari bahaya. Gajah selalunya akan menyerang tanpa memberi warning or amaran. Ada juga gajah yang telah membunuh panjaga zoo yang telah dikenalinya selama 15tahun. Ish ish ish. Jadi berhati-hati lah. 300 - 500 telah terbunuh dalam dakapan gajah..Huhuhuhu..
TANGGA YANG KE-5
BUAYA
Kebanyakkannya berada di Afrika dan Australia. Ia mempunyai rahang yang sangat kuat hingga boleh mematahkan tulang selain daripada mempunyai ketangkasan di dalam memburu. Setelah membaham makanan ia akan menunggu di dalam air untuk merancang pemburuan yang seterusnya. 600 - 800 mangsa telah maut dibaham buaya.
TANGGA YANG KE-4
BIG CATS
Contohnya harimau, singa, jaguar, dan yang sewaktu dengannya lah jatuh pada tangga yang ke-4. Mereka mempunyai kelajuan yang sangat laju dan anda semestinya akan dibaham jika dikejar. Tetapi anda mempunyai tips dalam keadaan ini, anda seharusnya tenung mata mereka dan membuka kot anda menampakkan anda kelihatan lebih besar. Kalau pakai sehelai je baju, tak tahu la macamana kalu bukak baju lagi nampak ke'slim'annya..Hahahaha
TANGGA YANG KE-3
KALA JENGKING
Haiwan yang kecil ini merangkul di tangga ke-3 kerana sengatnya yang berbisa dan beracun. Kala jengking lebih banyak membawa maut daripada apa yang tercatat kerana kebanyakkan haiwan ini bertindak pada tempat-tempat yang terpencil dan tidak diketahui umum. Sebanyak 800 hingga 2000 maut telah dicatatkan.
TANGGA YANG KE-2
ULAR BERBISA
Ular yang berbisa terdapat 450 spesis dan sebanyak 250 spesis berupaya membunuh. Manusia adalah sasaran utama bagi jenis haiwan ini adalah kerana aliran darah. Apabila bisa telah dimaskkan kedalam badan manusia, ia akan melalui pada seluruh anggota badan dan boleh menyebabkan lumpuh. 50,000 - 125,000 orang telah terbunuh oleh haiwan ini.
JUARANYA
DRUM ROLL.....
NYAMUK
Eh..tak percaya??believe it or not, nampak je macam tak bahaya binatang ni, tapi binatang ni la yang paling bahaya. Kalau haiwan-haiwan kat atas tadi semua mesti lari kalau jumpa, nyamuk siap leh main tampar-tampar lagi. Tapi inilah hakitat dunia ini bahawa nayamuk adalah binatang yang paling bahaya atas sebab ia menyebarkan penyakit yang bahaya seperti malaria,denggi dan banyak lagi. Sebanyak 2-3 juta orang telah mati akibat daripada nyamuk. Jadi, hati-hati..