Tuesday, January 11, 2011

Nak Badan Kurus!!!


Semua orang inginkan badan yang ideal tidak kiralah lelaki mahupun perampuan
Tapi yang ketara adalah perempuan
Sebab lelaki ade yang tak kisah punyo!!hehe..
So, jalan terbaik adalah senaman
Penting tu senaman
Senaman yang paling popular adalah jogging sebab RoNa pun nak kuruskan badan dengan berjogging dan bersukan pada waktu petang
Jadi, ini yang dapat RoNa sajikan pada entri kali ini hasil dari searching internet. Tapi RoNa dah tolong translatekan agar orang melayu faham.







Jogging merupakan senaman yang terbaik bagi kitaran darah dan ianya aktiviti yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Antara sebabnya jogging ini merupakan senaman pembakar lemak yg terbaik adalah kerana ianya lebih berkesan. Sebagai contoh, dalam jangka waktu yang sama jogging lebih banyak membakar kalori berbanding jika anda berjalan kaki. Ini kerana jogging membuatkan ketegangan pada tubuh badan anda yang memerlukan tenaga yang banyak menyebabkan kalori di dalam badan terbakar.

Banyak orang berjogging sekarang jika dibandingkan dengan pada waktu dulu. Kelebihan jogging juga termasuklah dalam aspek sosial dimana ramai orang kini berjogging pada waktu pagi. Jadi, terdapat kemungkinan dan peluang untuk mendapatkan kenalan yang baru disamping menjadikan rakan tersebut sebagai punca semangat untuk mengurangkan berat badan memandangkan ramai yang bersenam secara konsisten.

Tetapi jogging juga mempunyai kelemahan di mana jogging boleh menyebabkan kesakitan. Seperti yang telah dikatakan tadi, jogging memberikan tekanan dan tegangan pada tubuh badan. Tetapi ianya boleh dikurangkan dengan memakai kasut yang bersesuaian ataupun memanaskan badan terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, kemungkinan untuk mendapat kesakitan tetap ada. Otot dan sendi pada kaki selalunya yang mengalami kesakitan. Jadi, pada sesiapa yang telah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut, berjalan kaki adalah lebih berkesan untuk mengurangkan berat badan.

3 comments:

  1. nak kurus jugak dear.tapi nak joging tu yang payah sket,adoihhh !keh3 ;p

    ReplyDelete
  2. 2 lah try cari mmbr yang leh kuatkan smgt kite..
    baru la bersemangat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...