Monday, January 24, 2011

GT 128!!!

RoNa sekarang ade GT128
Yang 1st model
Mula-mula kan ade 4 kaler
Putih, Oren, Kelabu and Hijau

Tapi dalam banyak-banyak kaler 2, kaler putih yang berjaya menawan hati RoNa
Maka, dapatlah JLU 6038
Pastu macam-macam eksesori motor RoNa rosak
RoNa mintak claim lame giler..Yang latest ni RoNa nak claim cover set baru
Sebab CDI RoNa rosak mase pegi kg. tenang
Tapi mende tu RoNa dah tukar kat sane
Nak claim balik CDI baru pun tak gune sebab bukan gune banyak pun
So, RoNa mintak la nak tukar ngan cover set
Time tu de cover set baru kuar yang warne hitam oren




Tapi lame giler RoNa tuggu sampai sekarang tak dapat-dapat lagi
Tibe-tibe sekarang ni dah keluar model yang baru
So, RoNa pun nak mintak la yang cover set yang baru ni
Nampak baru sikit
Hehe
Tapi de 2 kaler yang baru
1 kaler lame yang diperbaharui
OREN, MERAH, BIRU


Tapi RoNa tak tau nak pilih kaler yang mane
Antara oren ataupun biru la antara pilihan RoNa
Tapi agak-agak mane yang anda rase ok??
Bagi la pandangan agar dapat RoNa membuat pilihan
Tolong RoNa

Sunday, January 23, 2011

Busy!!!


RoNa ingin maminta maaf kepada follower RoNa kerana tak dapat nak selalu update kebelakangan ni
RoNa busy sikit la
Assignment belambak dengan semua kene anta sbelum cuti ni
So,nanti RoNa dapatlah cuti dengan tenang
Hehe..
Nanti if RoNa free,RoNa post entri yang baru ok?
Maybe pasni RoNa nak cari pasal binatang-binatang yang cute
Hehe..
Check It Out OK!!!

Friday, January 21, 2011

Hamster!!

Maaf dah lame tak post entri
Busy sikit kebelakangan ni
So,kali ni RoNa nak bercerita pasal hamster

Satu binatang yang comel
RoNa pernah ada kenangan pahit bersama hamster ni
Masa tu RoNa baru jer berusia dalam 7-8 tahun
RoNa tengok makcik RoNa memelihara hamster
Dia cute sangat,siap ade anak dah
So, RoNa pun teringin la
But RoNa tinggalkan Hamster dalam kete time RoNa nak pegi mandi swimming pool
RoNa de la bukak tingkap sikit untuk pengudaraan
Tapi ternyata tak cukup sebab hamster RoNa telah mati kepanasan
Keras jer
Sedih pun ade jugak
Tapi memang seronok tengok gelagat hamster ni
Macam-macam dengan bermain nyer
Geram jer tengok
So, kali ni RoNa nak wat entri tentang penjagaan hamster
Hehe

Monday, January 17, 2011

MaKsUd MiMPi!!

Semalam RoNa bermimpi..
Ngeri jugak..yelar,tempat yang RoNa tidur ade ular
Kalau biase tak pe, ni ular tedung
 Time tu dengan bangganya biarkan ular tu patuk
Time mimpi tu la, ingat dia patuk kejap je then lepaskan
Pastu RoNa pun tak tahu jadi ape sebab dah terjage
Eeeee..Tapi leh lak tu pikir cakap dalam hati
" ni mimpi jer kot, mane ade ular nak ade kat tempat tidur RoNa ni, mimpi ni, mimpi ni "
Tapi tetap takut..haha..entah la
So, RoNa pun saje cari makna mimpi tersebut 
Dan berikut adalah sebahagian dari ape yang RoNa dapat search

Saturday, January 15, 2011

BeRSeNaM SeCaRa BeTuL DaN SeLaMaT

 
Senaman Yang Selamat
 
Garis panduan di bawah ini boleh melindungi anda dari kecederaan akibat daripada senaman dan membolehkan anda bersenam secara menyeronokkan.
1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.
2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas.
  • Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit.
  • Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit . 
 

3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.
4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bagi mengelakkan pening dan sakit.
5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.
6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:
  • Ketidakselesaan
  • Sakit
  • Pening
7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.
8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:
  • Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
  • Petang ( selepas pukul 6 petang )
9. Persekitaran tempat senaman:
  • Permukaan yang rata.
  • Suhu dan kelembapan udara terkawal.
  • Kawasan redup/teduh.
  • Tempat yang cukup terang.
10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh. 

11. Amalkan senaman pernafasan di antara senaman.
12. Jika anda pengidap penyakit Diabetes:
  • Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglisemia (paras glukos rendah).
  • Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
  • Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.
13. Jika anda mengidap Tekanan Darah Tinggi:
  • Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
14. Jika anda Gemuk:
  • Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot

Kemampuan Bersenam

1. Ujian Percakapan:Perlahankan intensiti anda sekiranya anda sesak nafas bila bercakap semasa bersenam.Tingkatkan intensiti anda sekiranya anda masih mampu bergelak semasa bersenam.
2. Kira Sasaran Denyutan Jantung Anda :
220 - umur x 60% Denyutan Jantung
Contoh:Jika umur anda 70 tahun
220 - 70 = 150
150 x 0.60 = 90
150 x 0.90 = 135
  • Cuba kekalkan denyutan jantung di antara 90 dan 135 seminit.
  • Dapatkan nasihat doktor jika:
1. Denyutan jantung semasa berehat berdekatan atau melebihi sasaran denyutan jantung anda
2. Anda sedang mengambil rawatan ubatan yang boleh memperlahankan denyutan jantung.
  • Untuk mendapatkan denyutan jantung anda. Mempalpat denyutan nadi di pergelangan tangan selari dengan pangkal ibu jari.
  • Untuk mengira denyutan jantung anda, mempalpat denyutan nadi selama10 saat. Keputusannya digandakan dengan 6.

AnUgErAH HaIWaN PaLInG GaNAs!!

Anugerah ini ialah anugerah yang diberi secara suka-suka ataupun bahasa masa KOMSAS dulu, cacamarba, disebabkan 3 haiwan ni mempunyai sifat yang hebat ataupun senang kata, pelik kalau nak dibandingkan dengan binatang-binatang lain di muka bumi ni.

#3: WOLVERINE

Sesiapa yang tak pernah dengar nama Wolverine ni besar kemungkinan tak pernah tengok X-Men sebab watak Wolverine dalam cerita tu memang diambil bersempenakan sifat menatang ni yang berbulu, dan bertaring serta bercakar. Sebab utama nama watak tersebut dipilih ialah atas sebab 1 persamaan: Dua-dua Wolverine sangat ganas tahap haram punya ganas.

Kalau anda fikir gambar atas ni comel....

Kalau lawan dengan vampire Cullen Family, aku bet menatang ni menang
Ini ialah seekor haiwan Psychopath. Dia takde rasa takut, takde empathy. Dia ni jenis main hentam je semua binatang dan yang menariknya, binatang yang dia hentam ni dia tak peduli pun saiz dia macam mana. Dari tikus ke sampailah ke beruang. Semua dia boleh pukul. Otai gila.

Kalau ikan paus hidup dekat-dekat menatang ni aku rasa lunyai jugak ikan paus tu dikerjakan dengan taring ngan kuku tajam tu. Tapi kuku menatang ni tak dibuat dari Adamantium ye...

#2: TASMANIAN DEVIL

Nak tahu kenapa binatang ni ada dalam Warner Bros punya kartun. Ala jangan la nak tipu pulak cakap tak pernah nama dengar Tasmanian Devil, Bugs Bunny, Donald Duck semua tu. Dah terang lagi bersuluh dia jadi kartun disebabkan haiwan ni sangat comel dan kerjanya tidur aje 24 jam. Dan yang menariknya, dia jugak vegetarian....

Vegetarian lah sangat
Dia ni bukan vegetarian. Kalau korang tak percaya bolehlah cari sekor menatang ni dan hulur tangan korang kat dia. Dia takkan gigit tangan korang saja. Dia akan gigit dan kunyah 1 badan korang, dengan beg, jam tangan Rolex, Beg Gucci, seluar jeans, pensel, dan macam-macam lagi yang dah dijumpai dalam najis menatang ni dalam 1 kajian..

Dan award tempat pertama dimenangi oleh...
#1: CANE TOAD

Sebelum tu kita kena belajar psychology dulu. Necrophilia ialah tarikan seksual terhadap mayat seperti yang telah didemonstrasikan oleh Bella yang jatuh cinta dan nak buat hubungan seks dengan Edward Cullen yang mana, secara teknikalnya, dah mati sebab dia ialah seekor vampire.

Dan seperti mana yang korang boleh faham, binatang yang bernama Cane Toad ni ada nafsu seks yang sungguh luar biasa. Dia suka mengawan dengan mayat...er...bangkai. Tapi bukan tu aje perangai pelik yang haiwan ni suka buat. Dia pedulik hapa tu bangkai katak ataupun bukan. Even bangkai ular pun dia boleh syok punya humping. Ada satu laporan menyatakan katak ni pernah dilihat cuba untuk mengawan dengan seekor katak lain (betina) yang dah dilenyek dengan tayar kereta.

Ni bukan nafsu kuda dah ni...Nafsu katak. Mungkin lepas ni ada orang jual pil katak sebagai ganti kepada pil-pil kuda yang digunakan untuk menyesatkan muda-mudi malam kota raya.

Di bawah katak ganas (seks) ni ialah Salamander betina...yang dah mati
Kalau katak ni diletakkan dekat kawasan perkuburan manusia apa jadi eh? Tapi tak payah risau kot sebab rasanya kat malaysia takde menatang ni hehe.

BiNatAnG PaLiNg BaHaYA 10 YaNG TerBaiK

RoNa memang sukekan binatang
Tambah-tambah lagi kalau binatang tu berada pada satu habitat yang sama dengan harmoni
Contoh macam afrika tu, gajah, zirafah, badak semua pada tempat yang sama
Kalau ade hidupan air sekali, best je tengok
Rase tenang je
Tapi kali ini RoNa ingin berkongsi dengan anda tentang binatang paling bahaya

TANGGA YANG KE-10
BEAR AKA BERUANG
Haha..selalu kita selalu dengar best kalau dapat peluk teddy bear..sebab dia gebu..Tapi yang sebenar-benarnya, adakah bear ini binatang yang jinak??jeng jeng jeng..Kalau jinak masakan bear boleh berada pada tangga yang ke 10 kan kan kan??Statistik dalam setahun sebanyak 5 - 10 telah maut dalam tangan bear ni..


TANGGA YANG KE-9
JERUNG
Sejak dari kecil lagi kita telah di'mind set'kan yang jerung ni ganas dan banyak yang takut akan jerung. tetapi jerung bukanlah seganas seperti yang kita sangka tapi ia telap mengangkul tangga yang ke-9 pada binatang yang paling bahaya di dunia ini dengan membunuh sebanyak 100 orang pada setiap tahun.


TANGGA YANG KE-8
OBOR-OBOR
Apabila kita tengok obor-obor ni kita tidak merasa takut kerana binatang tersebut tidak nampak merbahayakan. Tapi binatang ini bahaya walaupun dengan badan yang kecil ia mempunyai kaki yang boleh melumpuhkan mangsanya. Mengikut statistiknya, obor-obor telah membunuh lebih kurang seratus di dalam satu tahun.


TANGGA YANG KE-7
BADAK AIR
Kebanyakan badak sumbu boleh di dapati di Afrika merupakan binatang besar yang kejam berhabiat di darat dan air. Mulutnya boleh membuka sebesar 4kaki dan boleh memecahkan sledgehammer ( hammer yang besar tu). Seramai 100 - 150 telah terkorban dalam tangan haiwan ini.


TANGGA YANG KE-6
GAJAH
Gajah yang selalunya kita lihat tenang tidak bermaksud haiwan ini adalah haiwan yang selamat dari bahaya. Gajah selalunya akan menyerang tanpa memberi warning or amaran. Ada juga gajah yang telah membunuh panjaga zoo yang telah dikenalinya selama 15tahun. Ish ish ish. Jadi berhati-hati lah. 300 - 500 telah terbunuh dalam dakapan gajah..Huhuhuhu..

TANGGA YANG KE-5
BUAYA
Kebanyakkannya berada di Afrika dan Australia. Ia mempunyai rahang yang sangat kuat hingga boleh mematahkan tulang selain daripada mempunyai ketangkasan di dalam memburu. Setelah membaham makanan ia  akan menunggu di dalam air untuk merancang pemburuan yang seterusnya. 600 - 800 mangsa telah maut dibaham buaya.


TANGGA YANG KE-4
BIG CATS
Contohnya harimau, singa, jaguar, dan yang sewaktu dengannya lah jatuh pada tangga yang ke-4. Mereka mempunyai kelajuan yang sangat laju dan anda semestinya akan dibaham jika dikejar. Tetapi anda mempunyai tips dalam keadaan ini, anda seharusnya tenung mata mereka dan membuka kot anda menampakkan anda kelihatan lebih besar. Kalau pakai sehelai je baju, tak tahu la macamana kalu bukak baju lagi nampak ke'slim'annya..Hahahaha


TANGGA YANG KE-3
KALA JENGKING
Haiwan yang kecil ini merangkul di tangga ke-3 kerana sengatnya yang berbisa dan beracun. Kala jengking lebih banyak membawa maut daripada apa yang tercatat kerana kebanyakkan haiwan ini bertindak pada tempat-tempat yang terpencil dan tidak diketahui umum. Sebanyak 800 hingga 2000 maut telah dicatatkan.


TANGGA YANG KE-2
ULAR BERBISA
Ular yang berbisa terdapat 450 spesis dan sebanyak 250 spesis berupaya membunuh. Manusia adalah sasaran utama bagi jenis haiwan ini adalah kerana aliran darah. Apabila bisa telah dimaskkan kedalam badan manusia, ia akan melalui pada seluruh anggota badan dan boleh menyebabkan lumpuh. 50,000 - 125,000 orang telah terbunuh oleh haiwan ini.


JUARANYA
DRUM ROLL.....
NYAMUK
Eh..tak percaya??believe it or not, nampak je macam tak bahaya binatang ni, tapi binatang ni la yang paling bahaya. Kalau haiwan-haiwan kat atas tadi semua mesti lari kalau jumpa, nyamuk siap leh main tampar-tampar lagi. Tapi inilah hakitat dunia ini bahawa nayamuk adalah binatang yang paling bahaya atas sebab ia menyebarkan penyakit yang bahaya seperti malaria,denggi dan banyak lagi. Sebanyak 2-3 juta orang telah mati akibat daripada nyamuk. Jadi, hati-hati..



Friday, January 14, 2011

Sempoi!!!


Cayalah my friend..my friend telah mengadakan permainan futsal..syok2
Kalau tak,terperap jelar dalam bilek..
At least dapat la bersukan..
I proud have friends like them..
Memang yes la..team aku menang siot..
Menanggung kekalahan..hahaha..
Tapi saya amat berminta maaf kerana gambar tidak dibenarkan untuk di'upload' dalam blog ini kerana mempunyai unsur-unsur yang tidak boleh ditonton umum..
Hehe..Pasni hari ahad diorang ajak main badminton pulak..
Memang best la kawan dengan diorang ni..
Aktif..
Tapi tak tahu la nak pegi ke tak nak..
Kita tunggu dan lihat jer nanti kalau RoNa ade post entri pasal game tu ok..
Check It Out Bebeh!!

'Talk' Yang Membosankan

Di dalam dewan


Hari ini , Jumaat bersamaan 14 Januari 2011 RoNa harus menghadirkan diri dalam ''Profesional Talk'' untuk subjek yang RoNa amik kat universiti RoNa.
Majlis bermula pada 3.00ptg dah berakhir pada 5.00ptg.
Mula-mula ingatkan best sebab de gambar je.Dia huraikan dengan tunjuk gambar.
Tapi pandangan RoNa tersasar. Memang dia huraikan menggunakan gambar, tapi sepatah haram tak paham.
Bahasa tahap dewa,tahap yang tertinggi. Macam skema je dia cakap straight jer.
RoNa pun tak tahu nak cakap Macamana.
Dah la bahasa London, mane la teman nak tangkap ape yang dia cakap.
Minggu depan hari Rabu kene hantar report ni. Macamana la nak buat, tiru jer kot.
Hahahaha...
Jom kite tengok pic boring kawan-kawan RoNa
Tapi de gak yang menunjukkan kerajinannya.



Thursday, January 13, 2011

Sunnah Diet

Makanan adalah penting bagi kita untuk meneruskan hidup
Akan tetapi makanan juga adalah punca banyak penyakit termasuklah obesiti, kencing manis, sakit jantung darah tinggi keracunan makanan dan sebagainya.
Bagi orang yang mempunyai badan yang besar, meraka menahan rasa lapar demi untuk mendapatkan badan yang ideal.
Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan itu memudaratkan kita kembali.
Jadi mari kita lihat bagaimana Rasulullah diet dalam kehidupan baginda.


Tuesday, January 11, 2011

Lupe Aku Lupe..

Peserta raja lawak yang memberikan impak yang besar dan berjaya mempengaruhi juri dan pengacara zizan dan johan..
Itulah NAZMI..
Boleh tahan lawaknya..dengan confidence yang tinggi..Rase dia boleh pegi jauh
Mari kita saksikan video beliau pada minggu pertama
Dulu Aku Kini Aku
Boleh mintak claim ni promote dia..hahahaha


video

Nak Badan Kurus!!!


Semua orang inginkan badan yang ideal tidak kiralah lelaki mahupun perampuan
Tapi yang ketara adalah perempuan
Sebab lelaki ade yang tak kisah punyo!!hehe..
So, jalan terbaik adalah senaman
Penting tu senaman
Senaman yang paling popular adalah jogging sebab RoNa pun nak kuruskan badan dengan berjogging dan bersukan pada waktu petang
Jadi, ini yang dapat RoNa sajikan pada entri kali ini hasil dari searching internet. Tapi RoNa dah tolong translatekan agar orang melayu faham.


Monday, January 10, 2011

KeLEBihAn LeLaKi VS KeLeBihAn PeReMPuAN!!

Pernah tak sesekali anda merasakan menjadi lelaki ni susah jika dibandingkan dengan perempuan atau sebaliknya??
Contohnya, pasal perkahwinan..Dari awal sampai ke akhir kebanyakkan pihak lelaki yang tanggung
Pulak tu,mintak hantaran yang tinggi-tinggi
Ingatlah,hantaran tu adalah hadiah dari pihak lelaki
Hadiah boleh mintak-mintak ke??Pening RoNa
Ikut suke hati lelaki tu la nak bagi brape pun
Yang wajib hanyalah mas kahwin..Itu pun perempuan tak bersyukur..
Maaf emo sikit..hahaha
Tapi, fikir-fikirkan semula setiap ciptaanNya ada hikmah..
Lelaki memerlukan perempuan dan juga perempuan memerlukan lelaki
Barulah hidup mereka sempurna
Jika tidak,hidup akan terumbang-ambing dan tidak tentu arah
Maka pasangan masing-masing akan menutup segala kelemahan yang kita ada
So,jom kita tengok ape kelebihan lelaki dan perempuan??

Saturday, January 8, 2011

Segala-galanya Telah Berakhir

Haha..Akhirnya boleh hidup dengan tenang..
Yelar bayangkan nak settlekan jadual waktu kelas sampai seminggu
Jumaat lepas baru settle..
Padahal benda nak buat sekejap je..
Tapi kalau la buat pertandingan fakulti mana paling sibuk, fakulti mana paling kuat bekerja memang fakulti aku la yang menang..
Tiap-tiap ari ade pelanggan..bukan sikit,beratus orang tiap-tiap hari datang..
Pergh..Fakulti lain lengang jer..
Tibe-tibe jadi ''bangga'' la ngan fakulti yang sibuk ni..
Hehe..So,pada sabtu dan ahad ni memang kene relax habis-habisan la
Nak topup balik kesibukan pada hari-hari biasa
Letih tu..tiap-tiap hari ramai..Tak kira mase pagi ke petang ke tetap ramai
Bayangkan beratur nak sampai ke kaunter tu,lebih dari sejam
Ish2..
Di bawah adalah picture yang berkenaan




Tuesday, January 4, 2011

Creative Toilet Sign

Selalunya kalau kita kat shopping complex mesti tengok sign tambah-tambah toilet..yelar, mall kan besar..ade yang toilet letak kat tangga..ade yang kat tengah-tengah, dekat dengan surau dan macam-macam lah..so, selalunya kita akan lihat sign yang macam ni kan


















Kalau yang kreatif, jom kita tengok

Monday, January 3, 2011

Sesak......

Sekarang ni budak-budak sekolah dah start sekolah, yang bekerja macam biasa lah pegi kerja..
Maka bila semua pegi kerja,pergi sekolah pada masa yang sama,maka ni la jadinya
TRAFIC JEM..
Takde siapa pun yang suka trafik jem ni..buang masa je..bukan wat ape pun dalam kereta

Sunday, January 2, 2011

Lintah......

Kalau cakap pasal lintah,pe yang korang fikir?
Kebanyakan yang laki mesti fikir minyak lintah..betul tak?
Perempuan lak,mesti fikir geli..tak nak pegang..eeeyerk
Huhu..
Tapi sume tu takde kaitan ngan benda yang aku nak citer ni..
Semuanya jadi macam ni..............

Saturday, January 1, 2011

!!reaY weN yppaH


Happy New Year to everybody
Selamat Tahun Baru pada semua
Diharap pada tahun baru ini memberi sinar yang baru kepada anda semua
Bila sebut pasal tahun baru,mesti semua sebut pasal azam kan??
Sikit-sikit azam,sikit-sikit azam
Takde orang lain ke nak sebut..hehe
So,azam tahun baruku, aku ingin menjadikan orang disekelilingku hepy denganku
And aku pun nak hepy-hepy dengan orang disekeliling aku
Dan untuk orang yang tersayang, I give the best to let u know that I love u very much
Haa...Entri pasni lagi gempak kot..kot jelar kan??
Kalau nak tau pe yang gempak sangat,tunggu esok yer??
Check It Out ( CIO )!!!
Anyway, Happy New Year.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...